Kau Yg Terindah
Friday, 23 April 2021
Sunday, 18 April 2021
Mulanya Perjalanan Saya dgn Mary Kay
Macam Mana Saya Boleh Terjebak dgn Mary Kay ni...
Semuanya Bermula........
Pada Tahun 2016
♥️♥️♥️Alhamdulillah Allah Kurniakan Rezeki Cahaya Mata... pelbagai Ujian yg dilalui dlm tempoh kehamilan, antaranya Kulit Wajah saya jd Gelap, kusam, kering sesangat waktu tu... saya jadi down bila nk berhadapan dgn org, pelbagai Produk saya cuba guna tp masih tidak dpt kepuasan...😔😔😔
sehinggalah.... kandungan saya da masuk 7bulan, saya tergerak Hati utk cuba Mary Kay.. jd kebetulan saya tgk kwn saya pakai, so saya pun minta la katalog dr dia (tnpa Consultation yg betul-ikt pandai hati je, Bajet pun ciput time tu)😁😁 Macam korg fikir gak la MARY KAY ni MAHAL🤭🤭.. sy oder la Botanical Set F3.
Tanpa Tunjuk Ajar dr sesiapa sy pun pakai la..
*Botanical F3-(dari prgnt7bln-bersalin)
bila saya pakai kulit rasa mmg tak selesa sgt, kering n Saya rasa mula rasa yg Mary Kay tak sesuai dgn saya, TETAPI ALLAH NK TUNJUK juga Mmg Jodoh Saya dgn Mary Kay Kuat..
Dalam Dec 2016-
🌸 Allah temukan saya secara tak sengaja dgn MySenior.. permulaan hnya sekadar nk buat facial dgn dia je guna Produk Mary Kay( sbb masa tu kulit masih lg tak Ok)
- So bila dia dtg rumah, saya pun tunjuk la set skin care yg saya pakai, dia tegur saya kenapa ambk set botanical F3 ni sedangkan kulit saya lebih sesuai utk Set Botanical F2..
-dkt situ saya akui kesilapan saya Dalam pemilihan Set yg betul TANPA panduan dari Consultant Mary Kay, jadi Hasil&Effct pengguna produk kurang berkesan..😭😭
🌸 Itu sebab kenapa Nak Pakai Produk MaryKay Perlu dptkn Panduan yg betul dr Perunding Kecantikan yg Bertauliah Mary Kay🌸
Masa tu saya hanya tahu Produk Botanical Set sahaja, Set2 Skin care yg lain sy mmg ckp dlm Hati MAHAL🤭🤭
🌸 So bila saya tukar kepada Botanical Set F2, baru kulit rasa selesa CUMA utk dptmy kesan mmg ambk masa yg lama n perlu Konsisten.
Friday, 16 November 2012
Lawak - Soalan Licik, Jawapan Cerdik
Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”
Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.
Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.
Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.
Thursday, 15 November 2012
✿~✿ Ubat Hati ✿~✿
Kenapa kita tutup mata masa tidur??
Kenapa tutup mata masa nangis??
Kenapa tutup mata masa m'bayangkan sesuatu??
Kerana tak semua hal yg indah bisa terlihat oleh mata...
Namun pd saat t'tentu,hal indah itu hanya di rasakan oleh HATI..ツ
Ingat, Ubat Hati ada 5 Perkara:
- Baca Alquran dan maknanya
- Solat Malam Dirikanlah juga
- Sentiasa bergaul Dengan Orang Soleh
- Perbanyakkanlah Berpuasa
- Zikir malam Perpanjangkanlah
Salah satunya siapa mampu buat, Moga moga Allah Taala mencukupi..
Sesungguhnya (diantara tanda-tanda) orang-orang mukmin itu, apabila disebut nama Allah (kepada mereka) maka bergementarlah hati-hati mereka...
Kenapa tutup mata masa nangis??
Kenapa tutup mata masa m'bayangkan sesuatu??
Kerana tak semua hal yg indah bisa terlihat oleh mata...
Namun pd saat t'tentu,hal indah itu hanya di rasakan oleh HATI..ツ
Ingat, Ubat Hati ada 5 Perkara:
- Baca Alquran dan maknanya
- Solat Malam Dirikanlah juga
- Sentiasa bergaul Dengan Orang Soleh
- Perbanyakkanlah Berpuasa
- Zikir malam Perpanjangkanlah
Salah satunya siapa mampu buat, Moga moga Allah Taala mencukupi..
Sesungguhnya (diantara tanda-tanda) orang-orang mukmin itu, apabila disebut nama Allah (kepada mereka) maka bergementarlah hati-hati mereka...
*ButTerFly*
Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah
Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu
reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu
Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you
Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua
Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah
Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu
reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu
Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you
Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua
Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu
Wednesday, 14 November 2012
Manisnya Cinta
Dengan debaran di hati, langkah kaki tetap dia teruskan. Sepanjang perjalanan menaiki bas ekspress mutiara tadi hatinya sudah tidak tenteram, jauh menerawang. Berfikir-fikir apa yang ingin diucapkan apabila berjumpa. Terima atau tidak mereka akan hajatnya.
"Ya Allah.. mudahkanlah, mudahkanlah ya Allah."
Hatinya berbisik sendiri, hanya pada Tuhan dia mengharap. Sampai ke hadapan pintu pagar bewarna putih. kakinya kaku, otaknya ligat berfikir, mulut terkunci rapat, muka sedikit risau.
"Nak masuk ke tak nak, nak masuk ke tak." Lama dia berdiri. Berfikir-fikir sendiri. Namun hatinya masih tidak kuat, takut, resah, gelisah semua bercampur baur.
"Kalau tak terima macam mana?" Sudah lebih lima minit berdiri. Akhirnya dia mengalah. Berpusing balik, dua tiga langkah dilangkahi dengan longlai.
Sudah sampai di persimpangan jalan, dia masih berkira-kira. Langkahnya terhenti, dipusing balik ke arah rumah berpagar putih tadi.
"Aku mesti kuat, mesti!" Sampai lagi dia di pintu pagar berwarna putih. hati masih berkira-kira, otak tidak dapat berfikir jalan terbaik. Segan, malu itu yang bermain di fikiran. lantas dia melangkah lagi menjauhi rumah itu.
Sampai lagi di persimpangan tadi.
"Duit dah banyak habis, buat tambang bas, datang jauh-jauh begini, takkan nak mengalah." Bisik nya sendiri.
"Ya kali ni mesti masuk..mesti! Terima ke tak terima itu soal kedua. Yang penting kena cuba." Dia bertekad penuh yakin, langkah dihayun teliti. Pintu pagar bewarna putih sudah ada di depan. Lantas salam perlahan diucap kali pertama.
Kali kedua sedikit kuat. Lantas ada seorang lelaki yang menyambutnya di pagar.
Dia dipelawa masuk penuh hormat. Kemudian hajatnya dihulur lantas diterima. Bunga yang diingini berjaya disunting menjadi permaisuri hati.
Hatinya bersyukur sendiri. "Terima kasih ya Allah, terima kasih." Dia senyum penuh lega.
Tersingkap satu kisah cinta yang terbit dari seorang lelaki yang berani untuk menyunting pilihannya. Sudah lama diperhatikan bunga itu, akhirnya akan diakad di hari perkahwinannya nanti.
Keberanian seorang lelaki untuk menyunting diri setiap wanita idaman. Itu yang sentiasa diharapkan. manisnya cinta bersemi dalam rumahtangga seorang pemimpin yang bijak menakhoda bahtera rumahtangganya dengan hati nurani dan keimanan yang utuh pada Allah S.W.T.
Allah telah berfirman bahawa:
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji (pula), dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik (pula).." [Surah an-Nur; 26]
..berbahagialah bila mendapat yang soleh dan solehah di antara kamu..
Subscribe to:
Posts (Atom)